Biodata si Pengarang
SINOPSIS KESELURUHAN BAB
Datuk Dolhi dan isterinya, Datin Tominah sangat berharap agar anak-anak mereka mewarisi perniagaan Dolhi-Albert Holding. Walau bagaimanapun, anak-anak mereka tidak berminat untuk menceburi bidang perniagaan. Hasnol lebih berminat untuk berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Amera pula lebih cenderung untuk menjadi pendidik. Mukhlis sibuk dengan dunia dakwahnya. Ilham pula terlibat dalam pertubuhan yang memperjuangkan alam sekitar. Menjadi penyanyi dan pemuzik rock terkenal pula menjadi idaman Dani.
Datuk Dolhi mempunyai seorang lagi isteri iaitu Mastura dan mereka mempunyai seorang anak yang bernama Wahi. Hal ini tidak diketahui oleh sesiapa pun. Wahi bekerja dengan Datuk Dolhi. Rakan kongsi Datuk Dolhi, iaitu Albert ingin mengahwinkan anaknya Robert dengan Amera, tetapi Amera tidak bersetuju. Sebenarnya, Albert mempunyai matlamat untuk meneguhkan perniagaannya jika dia berbesan dengan
Datuk Dolhi.
Keluarga Datuk Dolhi dikejutkan oleh berita perkahwinan Mukhlis. Mukhlis telah berkahwin dengan janda tuan gurunya, iaitu Hanisah yang mempunyai tiga orang anak. Ilham pula berada di Sarawak kerana membentangkan kertas kerja tentang hutan dan pembalakan. Dia juga telah bersama-sama orang Asli menghalang kegiatan p[embalakan yang dilakukan dengan membina benteng manusia.
Ameera telah dilamar oleh YB Wahab Yassin dan seterusnya mereka berkahwin. Setelah kembali dari Jepun, Datuk Dolhi berterus terang bahawa Wahi ialah anaknya hasil daripada perkahwinannya dengan Mastura. Namun, Mastura telah meninggal dunia semasa melahirkan Wahi. Datin Tominah kecewa dan bersikap dingin terhadap suaminya. Walau bagaimanapun, dengan nasihat Ameera, beliau terpaksa menerima hakikat.
Hasnol terlibat dengan gejala rasuah akibat ugutan Tengku Munir. Walau bagaimanapun, akibat tidak menunaikan kehendak Tengku Munir sepenuhnya, Tengku Munir mengadukan salah laku Hasnol di pejabat menteri besar. Dia didakwa menuntut ganjaran RM 1 juta untuk meluluskan 12 permohonan tender projek kerajaan. Dani ditangkap kerana memiliki dadah. Ilham pula terlibat dalam tunjuk perasaan di London.
Kepulangan Wahi dan isterinya, Yuka menyebabkan Datuk Dolhi berasa lega. Kehadiran Wahi dan Yuka disambut mesra oleh keluarga Datuk Dolhi termasuk Datin Tominah. Hasnol dibebaskan setelah dijamin oleh Datuk Dolhi. Mukhlis yang terlibat dalam kemalangan telah beransur pulih dan ditempatkan di pusat rawatan mental atas nasihat doctor. Dani pula dihantar ke pusat pemulihan dadah setelah kesnya diputuskan oleh mahkamah.
Dalam mesyuarat lembaga pengarah Dolhi – Albert Holding, Datuk Dolhi telah mengumumkan pelantikan Wahi sebagai pengarah urusan yang baharu dan dipersetujui oleh semua ahli lembaga kecuali Albert. Setelah masalah keluaraganya hamper selesai, Datuk Dolhi dan isterinya bercadang untuk mengerjakan umrah dan ziarah di Makkah. Datuk Dolhi berharap agar Wahi dapat memperluas empayar perniagaannya supaya kejayaannya itu akan membuka hati anak-anaknya yang lain untuk terlibat dalam dunia korporat.
TEMA
Tema novel ialah ketabahan menghadapi masalah dalam keluarga. Cerita yang berkisar dalam kehidupan Datuk Dolhi dan keluarganya. Dalam meneruskan kelangsungan dunia perniagaan yang diterajuinya, sehingga dia menjadi seorang tokoh korperat yang berjaya dan disegani, Datuk Dolhi menghadapi pelbagai ragam dan karenah anak-anaknya. Beliau mahukan yang terbaik buat anak-anak namun sebaliknya yang berlaku apabila anak-anaknya terlibat dengan pelbagai salah laku. Beliau begitu tabah menghadapi setiap karenah anak-anaknya daripada masalah Hasnol yang terpalit dengan rasuah sehingga kepada Dani yang bergelumbang dengan najis dadah.
PERSOALAN
a. Harapan seorang ayah Datuk Dolhi amat mengharapkan anak-anaknya dapat mengikut jejaknya sebagai ahli perniagaan. Datuk Dolhi meletakkan harapan yang amat tinggi kepada Wahi, iaitu anak isteri keduanya untuk menerajui syarikatnya. Lantaran itu, beliau menghantar Wahi ke Jepun untuk menimba ilmu dan pengalaman dalam bidang perniagaan.
b. Kegigihan dalam berniaga. Datuk Dolhi begitu gigih meneruskan perniagaannya sehingga menjadi tokoh koperat yang berjaya. Dia menjalankan perniagaannya secara usahasama dengan Albert Lee. Dia berharap agar salah seorang daripada anaknya meneruskan usahanya itu namun hasratnya gagal kerana anak-anaknya tidak berminat.
c. Kepentingan ilmu. Datuk Dolhi tidak pernah puas mencari ilmu. Dia banyak membaca untuk menambah pengetahuannya. Dia menggunakan bahan dan maklumat daripada pembacaannya untuk digunakan dalam ceramahnya.
d. Kasih sayang sesama ahli keluarga. Walaupun anak-anaknya terlibat dengan pelbagai masalah namun kasih sayang Datin Tominah tidak pernah luntur terhadap anak-anaknya. Dia cuba sedaya upaya memujuk suaminya agar dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak-anak.
e. Pengaruh ajaran Islam yang menyimpang . Mukhlis cuba mendalami ajaran agama akhirnya terperangkap dan terikut-ikut dengan ajaran songsang. Dia akhirnya mengalami tekanan sehingga menjadi kurang siuman.
f. Penyalahgunaan dadah dalam kalangan generasi muda. Dani anak bongsu Datuk Dolhi, merupakan seorang penyanyi rock telah terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Dia akhirnya ditahan pihak berkuasa dan menjalani pemulihan.
g. Sikap tamak yang akhirnya membinasakan. Anak sulung Datuk Dolhi iaitu Hasnol telah terlibat dengan salah laku rasuah keranatamak dan ingin hidup mewah. Dia akhirnya menyedari kesilapannya dan cuba untuk membetulkan kesilapannya itu.
h. Cinta akan alam sekitar. Ilham seorang penggiat seni dan pencinta alam sekitar. Namun minat dan kecederungan Ilham tidak kena tempatnya. Ilham terlibat menentang aktiviti pembalakan di Sarawak dan memperdaya orang Sarawak melakukan tunjuk perasaan. Ilham akhirnya menjadi pelarian kerana diburu oleh pihak berkuasa.
i. Menghargai barangan tempatan. Datuk Dolhi suka memakai batik dan menaiki kereta Limosin Saga apabila menghadiri majlis rasmi.
Watak dan Perwatakan
Datuk Dolhi
1. Seorang yang bertanggungjawab.
· Mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap syarikatnya.Datuk Dolhi mahu
memastikan syarikatnya membangun dan diwarisi oleh anak-anak. Beliau
seorang yang bertanggugjawab terhadap anak-anaknya kerana mahu
mnak-anaknya mengikut jejak langkahnya. Datuk Dolhi sangat resah memikikan
masa depan dan perniagaannya kerana tidak ada seorang pun anak-anaknya
yang mahu menurut jejaknya.
2. Rajin membaca
· Datuk Dolhi rajin membaca sebagai rujukan sebelum member ceramah dan menambah pengetahuan. Kadang kala, dia hanya erlu mengimbas kandungan
Sesebuah buku kerana kebanyakkannya sudah dibaca berulang-ulang kali.
3. Mesra dengan anaknya
· Semasa Amera pulang dari sekolah, beliau memyambut kepulangan anaknya itu dengan mesra.
“Oh … si cantik manis dah pulang. Bagaimana kelasmu hari ini?”(halaman 12)
4. Rasional dalam tindakan
· Beliau telah memilih Wahi untuk menggantikannya sebagai pengarah urusan Dolhi-Albert Holding atas kesedaran syarikatnya memerlukan pemimpin yang dinamik dalam kalangan orang muda.
“Syarikat kita perlukan pemimpin yang dinamikdaripada kalangan orang muda .“ (halaman 4)
Datin Tominah
1. Isteri Datuk Dolhi
· Isteri Datuk Dolhi berusia lebih daripada 50 tahun. Seorang anggota Kelab Dahlia yang dianggotai oleh para-para datin.
2. Penyayang
· Menyayangi anak-anaknya dan mahu anak-anaknya hidup senang dikemudian hari. Dia bersimpati dengan Mukhlis yang hidup susah selepas berkahwin dengan Hanisah. Dia juga bersimpati dengan Hasnol yang menjadi buruan pihak berkuasa atas tuduhan rasuah. Dia juga berusaha memujuk Hasnol pulang ke tanah air untuk membersihkan namanya.
Albert Lee
1. Rakan kongsi Datuk Dolhi
· Albert bersetuju jika Hasnol menggantikan Datuk Dolhi sebagai pengarah urusan Dolhi-Albert Holding.
“… Albert dah pun bersetuju kalau kau ingin menggantikan bapak suatu hari nanti.”(halaman 4)
2. Suka mengambil kesempatan
· “… terutamanya untuk menguatkan empayar niaga kita apabila keluarga kita bersatu dengan Datuk Dolhi.”(halaman 154)
Wahi
- Anak Datuk Dolhi
· Dia ialah anak Datuk Dolhi hasil perkahwinannya dengan Mastura.
……. Berkahwin dengan seorang peranakan Arab dan dikurniakan seorang anak lelaki. (halalaman 6)
- Berwawasan
· Mempunyai wawasan yang tinggi untuk memajukan Dolhi-Albert Holding. Dia member pandangan yang bernas untuk memajukan syarikat milik ayahnya itu. Contohnya dia mencadangkan perlaksanaan kawalan mutu menyeluruh (KMM) seperti yang dilakukan dalam Syarikat Jepun di Dolhi-Albert Holding (KMM) telah menjadi falsafah dalam Syarikat Jepun yang Berjaya dan mengeluarkan barangan yang bermutu.
- Menghormati Orang Tua
· Wahi seorang yang menghormati orang tua. Dia menurut permintaan Datuk Dolhi yang mahu dia memanggilnya ‘bapa’ walaupun janggal. Namun, sepanjang perbualan mereka kadang-kadang Wahi tersasul memanggilnya Datuk Dolhi dengan gelaran Datuk.
- Dihormati dan disegani
· Dalam kalangan orang bawahan, Wahi dihormati dan disegani. Budi bahasanya, tutur katanya dan diplomasinya memang mengagumkan. (halaman 27)
Hasnol
- Hasnol merupakan anak sulung datuk Dolhi dan Datin Tominah.Berkerja dalam sektor kerajaan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik. Berkahwin dengan Linda, iaitu anak seorang diplomat yang mempunyai gaya hidup yang mewah. Mempunyai 2 orang anak.
1. Berintegriti
· Hasnol seorang yang berintegriti tinggi. Walaupun dia kesempitan wang tetapi dia masih mahu berfikiran waras. Hasnol tahu kejujuran tidak dapat memberikan imbalan wang. Dia tidak mahu mengkhianati negara dan bangsa, dia tahu api nerakalah balasanya jika mengambil harta haram.
2. Menurut cakap isteri
· Linda sering mengajak Hasnol ke rumah saudara-maranya yang tinggal di luar negara walaupun dia tahu suamainya kurang berkemampuan. Linda juga tidak membenarkan Hasnol bekerja dengan Datuk Dolhi, dia hanya membenarkan suaminya bekerja mengikut waktu pejabat sahaja.
3. Tidak amanah dan mudah terpengaruh
· Hasnol tidak amanah dalam tugasnya dalam meluluskan tender-tender projek. Hasnol cepat gelap mata apabila disogokkan wang oleh Tengku Munir.Hasnol juga mudah dipengaruh oleh Tengku Munir kerana tamakkan harta dan kekayaan. Integriti dirinya bukan lagi perkara utama.
4. Tidak berani menghadapi cabaran
· Hasnol tidak mahu meneruskan usaha bapanya dalam perniagaan kerana dia tidak sanggup menghadapi cabaran dan risiko dalam bidang itu.
Ameera
-Merupakan anak kedua dan satu-satunya anak perempuan yang dimiliki oleh Datuk Dolhi dan Datin Tominah. Seorang pendidik yang berjaya. Berkahwin dengan YB Wahab.
- Anak Datuk Dolhi
· Satu-satunya anak perempuan Datuk Dolhi dan Datin Tominah bekerja sebagai guru. Seorang yang lemah lembut, berbudi bahasa, kata-katanya sedarhana dan tidak sombong.
- Tetap pendirian
· Ameera seorang yang tetap pendirian kerana mahu meneruskan kejayaannya sebagai seorang guru. Dia tidak mahu menceburi bidang perniagaan seperti ayahnya. Kejayaannya sebagai seorang pendisik tiada tolak ansur lagi.
Ilham
- Ilham adalah anak ketiga Datuk Dolhi dan Datin Tominah. Ilham seorang pecinta dan pejuang alam sekitar. Seorang yang berbakat dalam seni sastera kerana sering mendeklamasikan sajak.
- Anak Datuk Dolhi
· Anak ketiga Datuk Dolhi. Lepasan university di United Kingdom, tetapi mengambil jurusan sastera. Meminati puisi dan gemar menulis rencana di akhbar. Mempunyai ramai kawan di luar negara.
- Berani
· Keberanian Ilham dapat dilihat apabila dia turut serta dengan aktivis dari Barat menentang pembalakan di Sarawak. Dia juga terlibat dalam tunjuk perasaan di Kota London ketika lawatan Menteri Kanan Malaysia ke sana dan dia dikatakan menjadi dalangnya.
Mukhlis
- Mukhlis anak keempat Datuk Dolhi dan Datin Tominah. Mukhlis mudah terikut-ikut dalam beragama tetapi sebenarnya dia tidak memahami agama yang sebenar. Buktinya, oleh sebab mahu mengikut sunnah Nabi yang berkahwin dengan janda, dia sanggup mengahwini janda tuk gurunya tanpa usul periksa.
- Anak Datuk Dolhi
· Anak Datuk Dolhi dan Datin Tominah yang mempunyai ijazah pentadbiran perniagaan dari sebuah university di Amerika Syarikat sering berjubah dan berjanggut panjang.
- Alim
· Mukhlis ialah seorang pengikut gerakan jemaah dakwah yang menjalankan kegiatan dakwah di merata-rata tempat termasuk di luar Negara. Mereka bercadang membawa Mukhlis untuk berdakwah keseluruh dunia.
3. Seorang yang mempunyai sifat belas kasihan
· Dia berasa kasihan tehadap Hanisah yang diceraikan oleh tuk gurunya.
Dani -
- Anak Datuk Dolhi
· Dani merupakan anak bongsu Datuk Dolhi dan Datin Tominah yang meminati bidang seni. Dia menganggotai Young Rock Band dan mempunyai ramai peminat. Berambut panjang dan berimej rock. Dani tidak mahu bekerja dengan ayahnya. Ia juga boleh mencipta lagu dan menulis lirik.
- Tidak bermoral
· Dani terlibat dengan najis dadah. Di dalam satu pentunjukkan pentas, dia tidak dapat meneruskan persembahan kerana ketagihan dadah. Dia telah ditangkap kerana memiliki dadah. Perkara ini telah dimaklumkan oleh anggota polis kepada Young Rock Band.
Tengku Munir
- Tamak
· Dia mahu Hasnol meluluskan kesemua 12 tender yang dimohonnya.
‘’Empat sudah lulus’’
‘’Mana cukup empat? Aku mahu dua belas.’’
(halaman 189)
- Menyalahgunakan kedudukan
· Dia telah menyalahgunakan pengaruh yang ada padanya dengan mengugut untuk memindahkan Hasnol ke kawasan terpencil.
Sekali Tengku Munir mengangkat telefon, dia sudah pasti bertukar ke daerah ceruk …. Pasti dia dalam kesusahan. (halaman 147)
WATAK-WATAK LAIN
a) YB wahad ialah suami Amera yang juga merupakan Timbalan Menteri Tugas-Tugas Khas.
b) Linda ialah isteri Hasnol yang suka akan gaya hidup mewah.
c) Robert Lee ialah anak Albert Lee yang mahu dijodohkan dengan Amera.
d) Rozie, setiausaha Datuk Dolhi yang cekap menjalankan tugas.
PLOT
Permulaan
Datuk Dolhi dan isterinya Datin Tominah risau memikirkan anak-anak mereka yang tidak berminat untuk menguruskan perniagaan mereka, Dolhi-Albert Holding. Datuk Dolhi dan rakan perniagaannya, Albert Lee bercadang menyatukan anak mereka, Robert Lee dengan Ameera tetapi Ameera tidak berminat.
Perkembangan
Datuk Dolhi berasa bosan menyaksikan pertunjukkan fesyen busana Islam. Apabila tiba di rumah, Datin Tominah meminta bantuan daripada suaminya akan keinginan membuka sebuah butik busana Islam. Datuk Dolhi mahu isterinya memikirkan cara mendalam sebelum memulakan perniagaan. Ilham mencadangkan Dani menerbitkan lagu yang mempunyai ilmu supaya mengajak manusia berfikir. Perbualan mereka terputus apabila Ameera menegur sikap Ilham yang masih tidak bekerja. Hasnol menegaskan pendiriannya mahu terus berkhidmat sebagai pegawai kerajaan. Kemudian Hasnol mahu meminjam wang sebanyak RM10 ribu , tetapi bapanya tidak memberi sehingga Hasnol sanggup mengambil rasuah. Mukhlis dating ke pejabat untuk meminjam wang daripada ayahnya untuk berdakwah ke India. Datuk Dolhi tidak membantu sebaliknya mahu anaknya itu mencari duit sendiri. Sekembalinya Datuk Dolhi dari pejabat, Ameera memberitahu yang dirinya terpilih sebagai Tokoh Pendidik Cemerlang Negeri dan berharap ayahnya hadir ke dalam majlis penyampaian anugerah tersebut. Kemudian Mukhlis bersama rakannya dari Jemaah Dakwah Datang. Mukhlis meminta sekali lagi ayahnya untuk membiayai perbelanjaannya ke India, tetapi Datuk Dolhi tidak mahu. Pada hari yang ditetapkan Datuk Dolhi dan Datin Tominah ke majlis yang dihadiri Timbalan Menteri Tugas-tugas Khas. Datuk Dolhi bangga atas anugerah yang diterima oleh Ameera.
Konflik
Ameera termenung panjang memikirkan peminat misteri ynag mengirimnya kad dan jambangan bunga. Pada hari yang lain, Inem pembantu rumah Datuk Dolhi memaklumkan mahu berhenti kerja. Seminggu selepas itu, Datin Tominah menerima surat daripada Inem. Dalam surat itu, Inem memberitahu Ilham pernah menceroboh biliknya. Hasnol pula berterusan menghubungi Datin Tominah untuk meminjam duit tetapi Datin Tominah menjelaskan dia tidak berduit. Datuk Dolhi terkejut apabila diberitahu anaknya Mukhlis telah berkahwin secara senyap-senyap. Anaknya itu kini dikatakan tinggal di Kampung Sungai Bakau, tempat perkampungan jemaah dakwahnya. Kemudian, Datuk Dolhi panggilan telefon daripada Albert Lee di Sarawak yang memberitahu Ilham ada bersama-sama Orang Asli mahu membuat banteng menusia bertujuan menghalang kerja-kerja pembalakan. Datuk Dolhi mengambil keputusan mahu berehat di Jepun selama seminggu. Manakala Mukhlis pula termenung akan tindakannya mengahwini bekas isteri tuan gurunya yang sudah mempunyai tiga orang anak. Hasnol pula bertengkar dengan isterinya, Linda akibat kekurangan wang. Ameera mengadakan pertemuan secara sulit dengan YB Wahab di Kelab Mawar, YB Wahab meluahkan keinginannya untuk menjadikan Ameera sebagai isterinya. Hasnol menemui Tengku Munir di Teratai Inn. Tengku Munir mahu Hasnol mempengaruhi jabatan tender agar meluluskan permohonannya untuk projek Jambatan Kota yang bernilai RM80 juta. Sebagai imbuhannya, Hasnol bakal diberikan sagu hati sebanyak RM300 ribu. Di Sarawak pula, pihak berkuasa berusaha mancari aktiviti Barat yang menghasut masyarakat peribumi membina banteng manusia bagi menghalang pembalakan. Keluarga Albert Lee kecewa kerana rancangannya untuk menguatkan empayar perniagaan tidak menjadi kenyataan. Ilham menulis surat kepada ibunya dengan menyatakan dirinya berada di Perancis setelah diburu pihak berkuasa. Pada satu malam, Datuk Dolhi mengisytiharkan bahawa Wahi merupakan anak kandungnya daripada isteri keduanya, Mastura. Isteri dan anak-anak terkejut. Wakil Timbalan Menteri dating ke rumah Datuk Dolhi untuk merisik Ameera. Majlis pernikahan dengan YB Wahab disegerakan untuk mengelakan fitnah.
Klimaks
Pada majlis pernikahan tersebut, Datuk Dolhi bertemu Ustaz Wahab yang menceritakan keadaan Mukhlis. Perkhabaran tersebut menyebabkan mereka berdua ke Kampung Sungai Bakau. Mereka gagal menemui Mukhlis tetapi menurut orang-orang disitu Mukhlis dikatakan tidak siuman dan pernah menyerang tuk guru dan ada pula yang memberitahu Mukhlis pernah menjulang pedang sambil menjerit-jerit. Tengku Munir mahu Hasnol meluluskan kesemua tendernya. Hasnol menjelaskan kesukarannya meluluskan 12 tender daripada syarikat yang sama, tetapi Tengku Munir tetap berkeras. Apabila Hasnol tidak mahu menunaikannya, Tengku Munir segera ke pejabat Menteri Besar untuk membuat laporan bahawa Hasnol menerima RM1 juta untuk meluluskan 12 tender yang dipohonnya. Laporan tersebut disiarkan di media menyebabkan Datuk Dolhi terkena tempiasnya. Sebelum Young Rock Band membuat persembahan, Dani meminta izin daripada ahli keputusannya selama 15minit untuk mendapatkan dadah. Dalam usaha untuk mendapatkan dadah, Dani tertangkap oleh polis. Di lapangan terbang, Datin Tominah menyambut kepulangan Hasnol dari London. Sebelum Hasnol keluar dari lapangan terbang, dia telah ditahan polis. Ilham membuat tunjuk perasaan ketika lawatan menteri Malaysia ke London.
Peleraian
Peleraian cerita ini ialah Hasnol telah dibebaskan dengan jaminan Datuk Dolhi telah menjamin Dani dan akan menghantarnya ke pusat pemulihan. Amera berkahwin dengan YB Wahab. Wahi pula pulang dari Jepun bersama isterinya, Yuka yang berketurunan Jepun. Datin Tomunah menerima kedatangan Wahi dan isterinya dengan dada terbuka. Mukhlis berjaya ditemui dan terlantar di hospital. Dia akan dihantar ke pusat rawayan mental. Ilham tidak mahu pulang ke Malaysia kerana bimbang ditangkap oleh pihak berkuasa. Datuk Dolhi juga telah mengumumkan Wahi sebagai penggantinya di Dolhi-Albert Holding dan keputusannya menyebabkan hubungan Datuk Dolhi dengan Albert Lee menjadi retak dan Albert Lee mengundur diri daripada syarikat Dolhi-Albert Holding. Setelah sebahagian masalah keluarganya selesai, Datuk Dolhi bercadang ke Makkah untuk menunaikan umrah dan ziarah bersama dengan isterinya, Datin Tominah.
Teknik plot
Ø Teknik Dialog Dialog ialah pertuturan antara watak yang dipapar dalam cerita. Penggunaan teknik dialog dalam sesebuah cerita menjadikan jalan cerita lebih realistik. Antara contoh dialog yang terkandung dalam novel ini termasuklah:
“Tengku...” Hasnol terketar-ketar.
“Kenapa ada lagi yang sangkut?”
“Empat sudah lulus.”
“Mana cukup empat? Aku masuk dua belas.”
“Tak mungkin semua tengku.”
“Aku mahu semua.” (halaman 189)
Ø Teknik Imbas Kembali
Imbas kembali bermaksud ingatan sesuatu watak terhadap peristiwa atau kejadian yang telah berlaku atau yang telah dialaminya. Teknik ini juga digambarkan sebagai penceritaan semula kejadian atau peristiwa yang telah berlaku melalui mimpi, kenangan dan ingatan sesuatu watak. Antara contoh teknik imbas kembali yang digunakan dalam novel ini termasuklah ketika Datuk Dolhi teringat akan anaknya, Mukhlis, iaitu:
Dia teringat akan anaknya Mukhlis. Semalam dia ternampak Mukhlis di masjid. Jubah dan serbannya kelihatan lusuh. Janggut dan jambangnya tidak bercukur, tidak pula dirapikan. Dengan sebuah beg, dia bersandar di tiang seri masjid. (halaman 69)
Ø Teknik Pemerian
Pemerian bermaksud penceritaan tentang sesuatu peristiwa atau penerangan tentang sesuatu watak secara langsung oleh pengarang. Antara contoh penggunaan ternik ini termasuklah ketika pengarang memerihalkan suasana di rumah Datuk Dolhi setelah kepulangan Wahi dan isterinya, Yuka dari Jepun, iaitu:
Malam itu mereka sekeluarga berhimpun walaupun tidak lengkap semuanya. Suasana terasa meriah dengan kedatangan ahli baharu. Malam itu juga Datuk Dolhi mencerita segala-galanya. Suasana tiba-tiba berubah pilu apabila kisah Mastura yang hidup dalam keterasingan diceritakan. Bagaimanapun, Datuk Dolhi tidak mahu kesedihan itu berterusan. (halaman 210)
“Tengku...” Hasnol terketar-ketar.
“Kenapa ada lagi yang sangkut?”
“Empat sudah lulus.”
“Mana cukup empat? Aku masuk dua belas.”
“Tak mungkin semua tengku.”
“Aku mahu semua.” (halaman 189)
Ø Teknik Imbas Kembali
Imbas kembali bermaksud ingatan sesuatu watak terhadap peristiwa atau kejadian yang telah berlaku atau yang telah dialaminya. Teknik ini juga digambarkan sebagai penceritaan semula kejadian atau peristiwa yang telah berlaku melalui mimpi, kenangan dan ingatan sesuatu watak. Antara contoh teknik imbas kembali yang digunakan dalam novel ini termasuklah ketika Datuk Dolhi teringat akan anaknya, Mukhlis, iaitu:
Dia teringat akan anaknya Mukhlis. Semalam dia ternampak Mukhlis di masjid. Jubah dan serbannya kelihatan lusuh. Janggut dan jambangnya tidak bercukur, tidak pula dirapikan. Dengan sebuah beg, dia bersandar di tiang seri masjid. (halaman 69)
Ø Teknik Pemerian
Pemerian bermaksud penceritaan tentang sesuatu peristiwa atau penerangan tentang sesuatu watak secara langsung oleh pengarang. Antara contoh penggunaan ternik ini termasuklah ketika pengarang memerihalkan suasana di rumah Datuk Dolhi setelah kepulangan Wahi dan isterinya, Yuka dari Jepun, iaitu:
Malam itu mereka sekeluarga berhimpun walaupun tidak lengkap semuanya. Suasana terasa meriah dengan kedatangan ahli baharu. Malam itu juga Datuk Dolhi mencerita segala-galanya. Suasana tiba-tiba berubah pilu apabila kisah Mastura yang hidup dalam keterasingan diceritakan. Bagaimanapun, Datuk Dolhi tidak mahu kesedihan itu berterusan. (halaman 210)
Ø Teknik Monolog
Monolog bermaksud tutur atau pengucapan sesuatu watak, samada ditujukan kepada dirinya sendiri atau kepada orang lain. Antara contoh monolog dalam cerita ini termasuklah ketika Datuk Dolhi menatap kertas cadangan Wahi tentang Kawalan Mutu Menyeluruh (KMM), iaitu:
“Macam-macam idea si Wahi ni,” bisik Datuk Dolhi.(hal.65)
Ø Teknik Saspens
Saspens bermaksud peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan yang tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya. Antara contoh suspens dalam novel ini termasuklah ketika Amera mendapat jambangan bunga daripada peminat misterinya,iaitu:
“Tahiah kak!” Dani masuk dengan ceria. Di tangannya,sejambak bunga yang berbalut rapi tampak begitu indah.
“Eh, sama-sama! Bunga siapa ni?
“kak Ameeralah”
“Dani bagi?”
“Bukan ada pengirim yang menghantar melalui Mekar Florist.”
“siapa?”
“Pakwe barangkali.”
“mengarutlah Dani. Kakak mana ada pakwe.” (hal. 91-92)
Ø Teknik Kejutan
Saspens bermaksud peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan yang tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya. Kejutan bermaksud perubahan dalam peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga. Kesan yang timbul daripada perubahan itu tidak sama dengan yang diduga oleh pembaca. Antara contoh kejutan dalam novel ini termasuklah datuk Dolhi memberitahu bahawa Wahi adalah anaknya daripada isteri kedua kepada seisi rumah .Iaitu:
Malam itu seisi rumah Datuk Dolhi gempar apabila dia mengisytiharkan bahwa Wahi ialah anaknya daripada isteri kedua. Datin Tominah menangis teresak-esak. Dia menelefon saudara-maranya. Amera termenung panjang. Dani menggeleng-geleng. Hasnol tidak menjawap apabila Datin Tominah memberitahu. Masing-masing menyimpan perasaan (hal. 176-177)
Monolog bermaksud tutur atau pengucapan sesuatu watak, samada ditujukan kepada dirinya sendiri atau kepada orang lain. Antara contoh monolog dalam cerita ini termasuklah ketika Datuk Dolhi menatap kertas cadangan Wahi tentang Kawalan Mutu Menyeluruh (KMM), iaitu:
“Macam-macam idea si Wahi ni,” bisik Datuk Dolhi.(hal.65)
Ø Teknik Saspens
Saspens bermaksud peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan yang tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya. Antara contoh suspens dalam novel ini termasuklah ketika Amera mendapat jambangan bunga daripada peminat misterinya,iaitu:
“Tahiah kak!” Dani masuk dengan ceria. Di tangannya,sejambak bunga yang berbalut rapi tampak begitu indah.
“Eh, sama-sama! Bunga siapa ni?
“kak Ameeralah”
“Dani bagi?”
“Bukan ada pengirim yang menghantar melalui Mekar Florist.”
“siapa?”
“Pakwe barangkali.”
“mengarutlah Dani. Kakak mana ada pakwe.” (hal. 91-92)
Ø Teknik Kejutan
Saspens bermaksud peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan yang tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya. Kejutan bermaksud perubahan dalam peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga. Kesan yang timbul daripada perubahan itu tidak sama dengan yang diduga oleh pembaca. Antara contoh kejutan dalam novel ini termasuklah datuk Dolhi memberitahu bahawa Wahi adalah anaknya daripada isteri kedua kepada seisi rumah .Iaitu:
Malam itu seisi rumah Datuk Dolhi gempar apabila dia mengisytiharkan bahwa Wahi ialah anaknya daripada isteri kedua. Datin Tominah menangis teresak-esak. Dia menelefon saudara-maranya. Amera termenung panjang. Dani menggeleng-geleng. Hasnol tidak menjawap apabila Datin Tominah memberitahu. Masing-masing menyimpan perasaan (hal. 176-177)
LATAR
Latar Tempat
a) Pejabat Datuk Dolhi. Di sini berlakunya banyak pelbagai peristiwa penting dalam novel ini.Antaranya termasuklah Mukhlis yang datang untuk meminjam wang dan peristiwa Datuk Dolhi mengumumkan Wahi sebagai penggantinya.
b) Rumah Datuk Dolhi.Di sini juga banyak peristiwa penting dalam novel ini. Antaranya termasuklah Datuk Dolhi mengisytiharkan bahawa Wahi adalah anak kandungnya daripada isteri keduanya.
c) Sarawak. Di Sarawak, Ilham menghasut orang-orang Penan supaya membina benteng manusia bagi menghalang kegiatan pembalakan
Tokyo. Datuk Dolhi ke sana kerana ingin berehat dan melupakan masalah anak-anaknya buat seketika.
Tokyo. Datuk Dolhi ke sana kerana ingin berehat dan melupakan masalah anak-anaknya buat seketika.
d) Perkampungan jemaah Kampung Sungai Bakau. Di sini, Mukhlis tinggal bersama dengan isterinya yang merupakan janda tuk gurunya yang mempunyai 3 orang anak.
e) Kelab Mawar. Di sini, Amera telah berjumpa dengan YB Wahab buat pertama kali.
f) Teratai Inn. Di sini, Hasnol telah berjumpa dengan Tengku Munir yang menjanjikan habuan rasuah kepada Hasnol dengan syarat Hasnol membantunya memperoleh semua tender yang dimohonnya.
Latar Masa
a) Latar masa bagi novel ini adalah pada zaman Tun Mahathir menjadi Perdana Menetri dan Tun Ghaffar Baba menjadi Timbalan Perdana Menteri
b) Peristiwa dalam novel ini berlaku pada waktu siang dan malam.
c) Pada waktu pagi. Buktinya, Datuk Dolhi ada mensyuarat dengan Raj Hussien pada pukul sepuluh.
d) Pada waktu petang. Buktinya, Datuk Dolhi ada ceramah di Institut Perdagangan Kebangsaan bagi menyampaikan ceramah.
e) Pada waktu tengah hari. Buktinya, Datuk Dolhi pulang ke rumah untuk makan tengah hari sebelum ke Institut Perdagangan Kebangsaan bagi menyampaikan ceramah.
f) Pada waktu malam. Buktinya, Datuk Dolhi berlepas ke Tokyo pada pukul 10.45 malam dari Lapangan Terbang Subang.
LATAR MASYARAKAT
a) Masyarakat yang merupakan golongan usahawan. Datuk Dolhi dan Albert Lee merupakan usahawan yang berjaya dan memiliki Dolhi-Albert Holdings. Malahan Datuk Dolhi merupakan seorang utawan.
b) Masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan. Datuk Dolhi banyak mempunyai pengalaman dan ilmu pengetahuan disebabkan beliau rajin membaca buku.
Masyarakat yang boros dan tamak. Contohnya, Tengku Munir bersikap tamak hingga sanggup memberikan tekanan tekanan kepada Hasnol bagi memperoleh semua tender yang dimohonnya. Hasnol boros kerana menurutkan perangai isterinya yang gemar berbelanja secara mewah.
Masyarakat yang boros dan tamak. Contohnya, Tengku Munir bersikap tamak hingga sanggup memberikan tekanan tekanan kepada Hasnol bagi memperoleh semua tender yang dimohonnya. Hasnol boros kerana menurutkan perangai isterinya yang gemar berbelanja secara mewah.
c) Masyarakat majmuk. Kehidupan majmuk dalam negara yang terdiri daripada bangsa melayu yang diwakili oleh keluarga datuk Dolhi, bangsa cina yang diwakili oleh keluarga Albert Lee dan bangsa Jepun yang diwakili oleh Yuka.
d) Masyarakat yang berani. Buktinya, Amera berani menegur Ilham dan Dani yang tidak mahu bekerja dan tidak berdisiplin. Wahi juga berani bertemu dengan bapa Yuka untuk melamar Yuka.
GAYA BAHASA
Novel Renyah telah diolah dengan menggunakan pelbagai unsure gaya bahasa untuk menjadikan ceruta menarik dan berkesan.
Antara unsur gaya bahasa dalam novel ini adalah seperti berikut:
Ø Diksi
Antara unsur gaya bahasa dalam novel ini adalah seperti berikut:
Novel yang dikarang oleh Gunawan Mahmood ini mengutarakan kisah seorang tokoh korporat yang berjaya dalam bidang perniagaan, tetapi mengalami tekanan hidup dalam menangani kerenah anak-anaknya.
a) Daripada aspek diksi, jelas pengarang berjaya memilih kosa kata yang sesuai dengan latar tempat dan latar masyarakat dalam cerita tersebut. Antara kosa kata tersebut termasuklah perniagaan,jutawan,pengarah utusan, projek pembinaan, tenser dan datin.
b) Untuk menggambarkan kisah tokoh korporat tersebut yang mengamalkan dasar pandang ke Timur, iaitu Negara Jepun,pengarang juga turut menggunakan bahasa Jepun. Termasuklah konbanwa,genki desu, dozo, ohayo gozaimasu, dan hajimemashite.
c) Selain itu, terdapat juga penggunaan bahasa Inggeris, sesuai dengan cerita yang memaparkan dunia niaga. Antaranya termasuklah entrepreneur, complain, top, sporting, confirm, dan sponsor.
d) Terdapat juga penggunaan bahasa Arab, sesuai dengan cerita yang berlatarbelakangkan masyarakat melayu yang beragama islam. Antaranya termasuklah assalamualaikum, insya-Allah, astaghfirullah, rahmatullah, alhamdulillah dan subhanahuwataala.
- Pengarang juga bijak menggunakan kosa kata yang sesuai dengan situasi dan hal ini meninggalkan kesan kepada pembaca.
- Pengarang juga bijak menggunakan kosa kata yang sesuai dengan situasi dan hal ini meninggalkan kesan kepada pembaca.
e) Ø Simile
- Simile atau perbandingan ialah gaya bahasa yang membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain.- Perbandingan itu pula menggunakan perkataan seperti, bagai, bak, laksana, umpama, macam, dan ibarat.- Antara contoh penggunaan simile dalam novel ini termasuklah:
- Simile atau perbandingan ialah gaya bahasa yang membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain.- Perbandingan itu pula menggunakan perkataan seperti, bagai, bak, laksana, umpama, macam, dan ibarat.- Antara contoh penggunaan simile dalam novel ini termasuklah:
a) Ligat macam gasing. (halaman 15)
b) Peluh seperti mata air yang keluar dari liang-liang batu. (halaman 20)
c) Bibir tuanya seperti sagu pecah. (halaman 39)
f) Ø Metafora
- Metafora merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan perkataan seperti, bagai, bak, laksana, umpama, macam dan sebagainya.
- Antara contoh penggunaan metafora dalam novel ini termasuklah:
- Metafora merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan perkataan seperti, bagai, bak, laksana, umpama, macam dan sebagainya.
- Antara contoh penggunaan metafora dalam novel ini termasuklah:
a) ...Berjalan-jalan di Memorial Park, melihat Kubah Atom, menyusur pinggir Sungai Motoyasu, membaca tugu-tugu kenangan. (halaman 26)
b) Datuk Dolhi bangga dapat menyemai benih keusahawanan pada diri anak bangsa...(halaman 38)
c) Sedangkan disebalik gunung sana terhampar sawah kemewahan yang tidak habis dimakan. (halaman 79)
g) Ø Personifikasi
- Personifikasi ialah pemberian sifat manusia kepada benda-benda mati seperti objek dan sebagainya.
- Penggunaan personifikasi dapat menimbulkan kesan yang mendalam terhadap pembaca.
- Antara contoh penggunaan personofikasi dalam novel ini termasuklah:
- Personifikasi ialah pemberian sifat manusia kepada benda-benda mati seperti objek dan sebagainya.
- Penggunaan personifikasi dapat menimbulkan kesan yang mendalam terhadap pembaca.
- Antara contoh penggunaan personofikasi dalam novel ini termasuklah:
a) Cahaya matahari petang menggigit kulit. (halaman 20)
b) Tasik dan pohon-pohon menjadi saksi orang yang tidak takutkan dosa. (halaman 24)
c) Dia cuba melupakan segala masalah yang mengacau benak.
(halaman 113)
(halaman 113)
PERIBAHASA
Peribahasa yang digunakan dalam sesebuah novel lazimnya ialah perumpamaan, simpulan bahasa, pepatah dan bandingan.
Antara contoh peribahasa yang terdapat dalam novel ini termasuklah jual mahal, panas darah, hangat-hangat tahi ayam, lembut gigi daripada lidah, menatang bagai minyak yang penuh, kalu guru kencing berdiri anak-anak murid kencing berlari, dan langit mana yang cerah, bumi mana yang tidak ditimpa hujan.
NILAI NILAI
· Nilai kasih sayang
- Contohnya, Datuk Dolhi dan Datin Tominah sayang akan anak-anaknya. Oleh sebab itulah, mereka berusaha mnyelamatkan anak-anak mereka yang bermasalah dengan pelbagai cara.
· Nilai sabar.
- Contohnya, Datuk Dolhi begitu sabar menghadapi kerenah anak-anaknya yang tidak mahu meneruskan usahanya dalam perniagaan.
· Nilai tanggungjawab.
- Contohya, Datuk Dolhi menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa dengan memberikan pendididkan kepada anak-anaknya,termasuklah Wahi yang dipelihara neneknya.
· Nilai patriotic.
- Contohnya, Datuk Dolhi menggunakan Limosin Saga untuk ke majlis-majlis rasmi.
· Nilai berani.
- Contohnya, Amera berani menegur Ilham yang tidak bekerja dan hanya mundar-mandir.
· Nilai rajin.
- Contohnya, Datuk Dolhi rajin membaca buku-buku ilmiah untuk menambah pengetahuannya.
PENGAJARAN
· Ibu bapa dan anak-anak hendaklah saling menyayangi antara satu dengan yang lain. Hal ini dapat dilihat pada watak Datuk Dolhi dan anak-anaknya yang saling menyayangi walaupun sering menimbulkan masalah kepada bapa mereka itu.
· Kita mestilah bersabar dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan. Datuk Dolhi bersabar menerima berita bahawa Dani telah ditangkap polis kerana memiliki dadah. Beliau tidak memarahi Dani sebaiknya menjamin Dani dan berusaha memasukkan Dani ke pusat pemulihan.
· Kita hendaklah mengutamakan barangan buatan tempatan bagi menyokong ekonomi negara. Sikap ini yang ditunjukkan oleh Datuk Dolhi yang menggunakan Limosin Saga untuk ke majlis-majlis rasmi wajar dicontoh oleh masyarakat.
· Kita hendaklah rajin membaca dan menuntut ilmu untuk memajukan diri dan negara. Datuk Dolhi dan Wahi rajin baca buku-buku ilmiah untuk menambahkan pengetahuan mereka dalam bidang perniagaan.
· Janganlah mudah terpengaruh apabila ditawarkan kemewahan melalui jalan yang salah. Sikap Hasnol yang mudah terpengaruh apabila diberi rasuah oleh Tengku Munir sebagai imbuhan untuk meluluskan terdernya amat tidak wajar dicontoh oleh masyarakat.