January 11, 2011


Biodata si Pengarang

Gunawan Mahmood  dilahirkan  di Parit  Raja,  Batu Pahat,  Johor  pada  29  Januari  1959 dan  dibesarkan  di  Felda  Ulu  Tebrau,  Ulu  Tiram,  Johor.  Beliau  mendapat  pendidikan awal  di  Felda  Ulu  Tebrau,  kemudian  di  Sekolah  Aminuddin  Baki  dan  Institut  Malaysia Johor Bahru sehingga selesai STPM. Melanjutkan pengajian luar kampus di Fakultas Bahasa dan  Sastera,  Universiti  Nasional,  Jakarta (UNAS).  Memperolehi  PhD  melalui  tesisnya berjudul  ‘Pemikiran dalam Sajak-sajak Dr.Mahathir Mohamad’  di  Institut  Pembangunan dan  Pengurusan  Antarabangsa  Indonesia  dengan  kerjasama  Berkeley  International University di California.  Beliau  sering  memenangi  hadiah  dalam  pelbagai  sayembera  antaranya hadiah  utama  cerpen  Utusan  Melayu-Public Bank 1989,  puisi  Kebangsaan  Hari Merdeka 1989  dan  saguhati  anugerah  novel  sejarah  kebangsaan  1989.  Cerpen  beliau  ‘Harga Sebuah Kematian’  memenangi  Hadiah  Sastera  Malaysia  1988/89  dan  novel remajanya  ‘Tanah Ini’  memenangi  Hadiah  Sastera  Perdana  Malaysia  1996/97.  Beliau pernah  meraih  Hadiah  Novel  Remaja  HSKU  (Hadiah Sastera Kumpulan Utusan)  untuk empat  tahun  berturut;  Namaku Ayoko(1993),  Renyah(1994),  Tanah Ini(1995)  dan  Cinta  Daerah  Perjuangan(1996).  Dianugerahkan  Hadiah  Cipta  Karyawan  Muda  Johor yang  pertama,  Hadiah  Sastera  Darul  Ta’zim  pada  1996.  Beliau  merupakan  penerima anugerah  Generasi  Baru  oleh  FELDA  pada  tahun  2008.  Kini  beliau  bertugas  sebagai Setiausaha  Politik  kepada  Menteri  Besar  Johor.


SINOPSIS KESELURUHAN BAB
Datuk  Dolhi  dan isterinya,  Datin Tominah  sangat  berharap  agar  anak-anak  mereka mewarisi  perniagaan  Dolhi-Albert  Holding.  Walau  bagaimanapun,  anak-anak  mereka tidak  berminat  untuk  menceburi  bidang perniagaan.  Hasnol  lebih  berminat  untuk berkhidmat  sebagai  Pegawai  Tadbir  dan  Diplomatik.  Amera  pula  lebih  cenderung  untuk  menjadi  pendidik.  Mukhlis  sibuk  dengan  dunia  dakwahnya.  Ilham  pula  terlibat  dalam  pertubuhan  yang  memperjuangkan  alam  sekitar.  Menjadi  penyanyi  dan  pemuzik rock  terkenal  pula  menjadi  idaman  Dani.
    

      Datuk  Dolhi  mempunyai  seorang  lagi  isteri  iaitu  Mastura  dan  mereka  mempunyai seorang  anak  yang  bernama  Wahi.  Hal  ini  tidak  diketahui  oleh  sesiapa pun.  Wahi bekerja  dengan  Datuk  Dolhi.  Rakan  kongsi  Datuk  Dolhi,  iaitu  Albert  ingin  mengahwinkan anaknya  Robert  dengan  Amera,  tetapi Amera  tidak  bersetuju.  Sebenarnya,  Albert  mempunyai  matlamat  untuk  meneguhkan  perniagaannya  jika  dia  berbesan  dengan 
Datuk Dolhi.
     

         Keluarga  Datuk  Dolhi  dikejutkan  oleh  berita  perkahwinan  Mukhlis.  Mukhlis  telah  berkahwin  dengan  janda  tuan  gurunya,  iaitu  Hanisah  yang  mempunyai  tiga  orang  anak. Ilham  pula  berada  di  Sarawak  kerana  membentangkan  kertas  kerja  tentang  hutan  dan  pembalakan.  Dia  juga  telah  bersama-sama  orang  Asli  menghalang  kegiatan  p[embalakan  yang  dilakukan  dengan  membina  benteng  manusia.
      
         Ameera  telah  dilamar  oleh  YB  Wahab  Yassin dan  seterusnya  mereka  berkahwin.  Setelah  kembali  dari  Jepun,  Datuk  Dolhi  berterus  terang  bahawa  Wahi  ialah  anaknya  hasil  daripada  perkahwinannya  dengan  Mastura.  Namun,  Mastura  telah  meninggal  dunia  semasa  melahirkan  Wahi.  Datin  Tominah  kecewa  dan  bersikap  dingin  terhadap  suaminya.  Walau  bagaimanapun,  dengan  nasihat  Ameera,  beliau  terpaksa  menerima  hakikat. 

          Hasnol  terlibat  dengan  gejala  rasuah  akibat  ugutan  Tengku  Munir.  Walau  bagaimanapun,  akibat  tidak  menunaikan  kehendak  Tengku  Munir  sepenuhnya,  Tengku  Munir  mengadukan  salah  laku  Hasnol  di  pejabat  menteri  besar.  Dia  didakwa  menuntut  ganjaran  RM 1 juta  untuk  meluluskan  12  permohonan    tender  projek  kerajaan.  Dani  ditangkap  kerana  memiliki  dadah.  Ilham  pula  terlibat  dalam  tunjuk  perasaan  di  London.

          Kepulangan  Wahi  dan  isterinya,  Yuka  menyebabkan  Datuk  Dolhi  berasa  lega.  Kehadiran  Wahi  dan  Yuka  disambut  mesra  oleh  keluarga  Datuk  Dolhi  termasuk  Datin  Tominah.  Hasnol  dibebaskan  setelah  dijamin  oleh  Datuk  Dolhi.  Mukhlis  yang  terlibat  dalam  kemalangan  telah  beransur  pulih  dan  ditempatkan  di  pusat  rawatan  mental  atas  nasihat  doctor.  Dani  pula  dihantar  ke  pusat  pemulihan  dadah  setelah  kesnya  diputuskan  oleh  mahkamah.

         Dalam  mesyuarat  lembaga  pengarah   Dolhi – Albert  Holding,  Datuk  Dolhi  telah  mengumumkan  pelantikan  Wahi  sebagai  pengarah  urusan  yang  baharu  dan  dipersetujui  oleh  semua  ahli  lembaga  kecuali  Albert.  Setelah  masalah  keluaraganya  hamper  selesai,  Datuk  Dolhi  dan isterinya  bercadang  untuk  mengerjakan  umrah  dan  ziarah  di Makkah.  Datuk  Dolhi  berharap  agar  Wahi  dapat  memperluas  empayar  perniagaannya  supaya  kejayaannya  itu  akan  membuka  hati  anak-anaknya  yang  lain  untuk  terlibat  dalam  dunia  korporat.
 TEMA

Tema novel ialah ketabahan menghadapi masalah dalam keluarga. Cerita yang berkisar dalam kehidupan Datuk Dolhi dan keluarganya. Dalam meneruskan kelangsungan dunia perniagaan yang diterajuinya, sehingga dia menjadi seorang tokoh korperat yang berjaya dan disegani, Datuk Dolhi menghadapi pelbagai ragam dan karenah anak-anaknya. Beliau mahukan yang terbaik buat anak-anak namun sebaliknya yang berlaku apabila anak-anaknya terlibat dengan pelbagai salah laku. Beliau begitu tabah menghadapi setiap karenah anak-anaknya daripada masalah Hasnol yang terpalit dengan rasuah sehingga kepada Dani yang bergelumbang dengan najis dadah.

PERSOALAN

a.       Harapan seorang ayah  Datuk Dolhi amat mengharapkan anak-anaknya dapat mengikut jejaknya sebagai ahli perniagaan. Datuk Dolhi meletakkan harapan yang amat tinggi kepada Wahi, iaitu anak isteri keduanya untuk menerajui syarikatnya. Lantaran itu, beliau menghantar Wahi ke Jepun untuk menimba ilmu dan pengalaman dalam bidang perniagaan.

b.      Kegigihan dalam berniaga. Datuk Dolhi begitu gigih meneruskan perniagaannya sehingga menjadi tokoh koperat yang berjaya. Dia menjalankan perniagaannya secara usahasama dengan Albert Lee. Dia berharap agar salah seorang daripada anaknya meneruskan usahanya itu namun hasratnya gagal kerana anak-anaknya tidak berminat.

c.       Kepentingan ilmu. Datuk Dolhi tidak pernah puas mencari ilmu. Dia banyak membaca untuk menambah pengetahuannya. Dia menggunakan bahan dan maklumat daripada pembacaannya untuk digunakan dalam ceramahnya.

d.      Kasih sayang sesama ahli keluarga. Walaupun anak-anaknya terlibat dengan pelbagai masalah namun kasih sayang Datin Tominah tidak pernah luntur terhadap anak-anaknya. Dia cuba sedaya upaya memujuk suaminya agar dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak-anak.

e.       Pengaruh ajaran Islam yang menyimpang . Mukhlis cuba mendalami ajaran agama akhirnya terperangkap dan terikut-ikut dengan ajaran songsang. Dia akhirnya mengalami tekanan sehingga menjadi kurang siuman.

f.        Penyalahgunaan dadah dalam kalangan generasi muda. Dani anak bongsu Datuk Dolhi, merupakan seorang penyanyi rock telah terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Dia akhirnya ditahan pihak berkuasa dan menjalani pemulihan.

g.       Sikap tamak yang akhirnya membinasakan. Anak sulung Datuk Dolhi iaitu Hasnol telah terlibat dengan salah laku rasuah keranatamak dan ingin hidup mewah. Dia akhirnya menyedari kesilapannya dan cuba untuk membetulkan kesilapannya itu.

h.      Cinta akan alam sekitar. Ilham seorang penggiat seni dan pencinta alam sekitar. Namun minat dan kecederungan Ilham tidak kena tempatnya. Ilham terlibat menentang aktiviti pembalakan di Sarawak dan memperdaya orang Sarawak melakukan tunjuk perasaan. Ilham akhirnya menjadi pelarian kerana diburu oleh pihak berkuasa.

i.         Menghargai barangan tempatan. Datuk Dolhi suka memakai batik dan menaiki kereta Limosin Saga apabila menghadiri majlis rasmi.

Watak dan Perwatakan

Datuk  Dolhi

1.     Seorang  yang  bertanggungjawab.

·         Mempunyai  tanggungjawab  yang  besar  terhadap  syarikatnya.Datuk Dolhi  mahu
               memastikan  syarikatnya  membangun  dan diwarisi  oleh  anak-anak.  Beliau
seorang  yang  bertanggugjawab  terhadap  anak-anaknya  kerana  mahu 
mnak-anaknya  mengikut  jejak  langkahnya.  Datuk  Dolhi  sangat  resah  memikikan
masa  depan  dan  perniagaannya  kerana  tidak  ada  seorang  pun  anak-anaknya 
yang mahu  menurut  jejaknya.


2.     Rajin  membaca

·         Datuk Dolhi  rajin  membaca  sebagai  rujukan  sebelum  member  ceramah  dan  menambah  pengetahuan.  Kadang  kala,  dia  hanya  erlu  mengimbas  kandungan   
Sesebuah  buku  kerana  kebanyakkannya  sudah  dibaca  berulang-ulang  kali.


3.     Mesra  dengan  anaknya

·         Semasa  Amera  pulang  dari  sekolah,  beliau  memyambut  kepulangan  anaknya itu dengan  mesra.                                                                                                 
“Oh … si  cantik  manis  dah  pulang.  Bagaimana  kelasmu  hari  ini?”(halaman 12)


4.     Rasional  dalam  tindakan

·         Beliau  telah  memilih  Wahi  untuk  menggantikannya  sebagai  pengarah  urusan  Dolhi-Albert  Holding  atas  kesedaran  syarikatnya  memerlukan  pemimpin  yang  dinamik  dalam  kalangan  orang  muda.
“Syarikat  kita  perlukan  pemimpin  yang  dinamikdaripada  kalangan  orang  muda .“ (halaman 4)

 
Datin  Tominah

1.     Isteri  Datuk  Dolhi

·         Isteri  Datuk  Dolhi  berusia  lebih  daripada  50 tahun.  Seorang  anggota  Kelab  Dahlia  yang  dianggotai  oleh  para-para  datin.


2.     Penyayang

·         Menyayangi anak-anaknya  dan  mahu  anak-anaknya  hidup  senang  dikemudian  hari.  Dia  bersimpati  dengan  Mukhlis  yang  hidup  susah  selepas  berkahwin  dengan  Hanisah.  Dia juga  bersimpati  dengan  Hasnol  yang  menjadi  buruan  pihak  berkuasa  atas  tuduhan  rasuah.  Dia juga  berusaha  memujuk  Hasnol  pulang  ke  tanah  air  untuk  membersihkan  namanya.


Albert  Lee

1.     Rakan  kongsi  Datuk  Dolhi

·         Albert  bersetuju  jika  Hasnol  menggantikan  Datuk  Dolhi  sebagai  pengarah  urusan  Dolhi-Albert  Holding.
“… Albert  dah  pun  bersetuju  kalau  kau  ingin  menggantikan  bapak  suatu  hari  nanti.”(halaman 4)


2.     Suka  mengambil  kesempatan

·         “… terutamanya  untuk  menguatkan  empayar  niaga  kita  apabila  keluarga  kita  bersatu  dengan  Datuk  Dolhi.”(halaman  154)


Wahi 
  1. Anak  Datuk  Dolhi 
·         Dia  ialah  anak  Datuk  Dolhi  hasil  perkahwinannya  dengan  Mastura.
……. Berkahwin  dengan  seorang  peranakan  Arab  dan  dikurniakan  seorang  anak  lelaki. (halalaman 6)
  1. Berwawasan
·         Mempunyai  wawasan  yang  tinggi  untuk  memajukan  Dolhi-Albert  Holding.  Dia  member  pandangan  yang  bernas  untuk  memajukan  syarikat  milik  ayahnya  itu.  Contohnya  dia  mencadangkan  perlaksanaan  kawalan  mutu  menyeluruh  (KMM)  seperti  yang dilakukan  dalam  Syarikat  Jepun  di  Dolhi-Albert  Holding  (KMM)  telah  menjadi  falsafah  dalam  Syarikat  Jepun  yang Berjaya  dan  mengeluarkan  barangan  yang  bermutu.
  1. Menghormati  Orang Tua
·         Wahi  seorang  yang  menghormati  orang  tua.  Dia  menurut  permintaan  Datuk  Dolhi  yang  mahu  dia  memanggilnya  ‘bapa’  walaupun  janggal.  Namun,  sepanjang  perbualan  mereka  kadang-kadang  Wahi  tersasul  memanggilnya  Datuk  Dolhi  dengan  gelaran  Datuk.
  1. Dihormati  dan  disegani 
·         Dalam  kalangan  orang  bawahan,  Wahi  dihormati  dan  disegani.  Budi  bahasanya,  tutur  katanya  dan  diplomasinya  memang  mengagumkan. (halaman 27)

 
Hasnol
- Hasnol merupakan anak sulung datuk Dolhi dan Datin Tominah.Berkerja dalam sektor kerajaan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik. Berkahwin dengan Linda, iaitu anak seorang diplomat yang mempunyai gaya hidup yang mewah. Mempunyai 2 orang anak.


1.      Berintegriti

·         Hasnol  seorang  yang  berintegriti  tinggi.  Walaupun  dia  kesempitan  wang  tetapi  dia  masih  mahu  berfikiran  waras.  Hasnol  tahu  kejujuran  tidak  dapat  memberikan  imbalan  wang.  Dia  tidak  mahu  mengkhianati  negara  dan  bangsa,  dia  tahu  api  nerakalah  balasanya  jika  mengambil  harta  haram.


2.     Menurut  cakap  isteri 

·         Linda  sering  mengajak  Hasnol  ke  rumah  saudara-maranya  yang  tinggal  di  luar  negara  walaupun  dia  tahu  suamainya  kurang  berkemampuan.  Linda  juga  tidak  membenarkan  Hasnol  bekerja  dengan  Datuk  Dolhi,  dia  hanya  membenarkan  suaminya  bekerja  mengikut  waktu  pejabat  sahaja.


3.     Tidak  amanah  dan  mudah  terpengaruh

·         Hasnol  tidak  amanah  dalam  tugasnya  dalam  meluluskan  tender-tender  projek.  Hasnol  cepat  gelap  mata  apabila  disogokkan  wang  oleh  Tengku  Munir.Hasnol  juga  mudah  dipengaruh  oleh  Tengku  Munir  kerana  tamakkan  harta  dan  kekayaan.  Integriti  dirinya  bukan  lagi  perkara utama.


4.     Tidak berani menghadapi cabaran

·         Hasnol tidak mahu meneruskan usaha bapanya dalam perniagaan kerana dia tidak sanggup menghadapi cabaran dan risiko dalam bidang itu.

Ameera
-Merupakan anak kedua dan satu-satunya anak perempuan yang dimiliki oleh Datuk Dolhi dan Datin Tominah. Seorang pendidik yang berjaya. Berkahwin dengan YB Wahab.
  1. Anak  Datuk  Dolhi
·         Satu-satunya  anak  perempuan  Datuk  Dolhi  dan  Datin  Tominah  bekerja  sebagai  guru.  Seorang  yang  lemah  lembut,  berbudi  bahasa,  kata-katanya  sedarhana  dan  tidak  sombong.
  1. Tetap  pendirian 
·         Ameera  seorang  yang  tetap  pendirian  kerana  mahu  meneruskan  kejayaannya  sebagai  seorang  guru.  Dia  tidak  mahu  menceburi  bidang  perniagaan  seperti  ayahnya.  Kejayaannya  sebagai  seorang  pendisik  tiada  tolak  ansur  lagi.


Ilham 
-  Ilham adalah anak ketiga Datuk Dolhi dan Datin Tominah. Ilham seorang pecinta dan pejuang alam sekitar. Seorang yang berbakat dalam seni sastera kerana sering mendeklamasikan sajak.

  1. Anak Datuk  Dolhi
·         Anak  ketiga  Datuk  Dolhi.  Lepasan  university  di  United  Kingdom,  tetapi  mengambil  jurusan  sastera. Meminati  puisi  dan  gemar  menulis  rencana  di  akhbar.  Mempunyai  ramai  kawan  di  luar  negara.
  1. Berani
·         Keberanian  Ilham  dapat  dilihat  apabila  dia  turut  serta  dengan  aktivis  dari  Barat  menentang  pembalakan  di  Sarawak.  Dia  juga  terlibat  dalam  tunjuk  perasaan  di  Kota  London  ketika  lawatan  Menteri  Kanan  Malaysia  ke  sana  dan  dia  dikatakan  menjadi  dalangnya.

Mukhlis
- Mukhlis anak keempat Datuk Dolhi dan Datin Tominah. Mukhlis mudah terikut-ikut dalam beragama tetapi sebenarnya dia tidak memahami agama yang sebenar. Buktinya, oleh sebab mahu mengikut sunnah Nabi yang berkahwin dengan janda, dia sanggup mengahwini janda tuk gurunya tanpa usul periksa.

  1. Anak  Datuk  Dolhi 
·         Anak  Datuk  Dolhi  dan Datin  Tominah  yang  mempunyai  ijazah  pentadbiran  perniagaan  dari  sebuah  university  di  Amerika  Syarikat  sering  berjubah  dan  berjanggut  panjang.
  1. Alim
·         Mukhlis  ialah  seorang  pengikut  gerakan  jemaah  dakwah  yang  menjalankan  kegiatan  dakwah  di  merata-rata  tempat  termasuk  di  luar  Negara.  Mereka  bercadang  membawa  Mukhlis  untuk  berdakwah  keseluruh  dunia.
3.      Seorang yang mempunyai sifat belas kasihan

·         Dia berasa kasihan tehadap Hanisah yang diceraikan oleh tuk gurunya.


Dani -
  1. Anak  Datuk  Dolhi 
·         Dani  merupakan  anak  bongsu  Datuk  Dolhi  dan  Datin  Tominah  yang  meminati  bidang  seni.  Dia  menganggotai  Young  Rock  Band  dan mempunyai  ramai  peminat.  Berambut  panjang  dan   berimej  rock. Dani  tidak  mahu  bekerja  dengan  ayahnya.  Ia  juga  boleh  mencipta  lagu  dan  menulis  lirik.


  1. Tidak  bermoral
·         Dani  terlibat  dengan  najis  dadah.  Di  dalam  satu  pentunjukkan  pentas,  dia  tidak  dapat  meneruskan  persembahan  kerana  ketagihan  dadah.  Dia  telah  ditangkap  kerana  memiliki  dadah.  Perkara  ini  telah  dimaklumkan  oleh  anggota  polis  kepada  Young  Rock  Band.


Tengku Munir

  1. Tamak
·         Dia  mahu  Hasnol  meluluskan  kesemua  12  tender  yang  dimohonnya.
‘’Empat  sudah  lulus’’
‘’Mana  cukup  empat?  Aku  mahu  dua  belas.’’
(halaman 189)
       
  1. Menyalahgunakan  kedudukan 
·         Dia  telah  menyalahgunakan  pengaruh  yang  ada  padanya  dengan  mengugut  untuk  memindahkan  Hasnol  ke  kawasan  terpencil.
Sekali  Tengku  Munir  mengangkat  telefon,  dia  sudah  pasti  bertukar  ke  daerah  ceruk  …. Pasti  dia  dalam  kesusahan. (halaman 147)

WATAK-WATAK LAIN

a)      YB wahad ialah suami Amera yang juga merupakan Timbalan Menteri Tugas-Tugas Khas.
b)      Linda ialah isteri Hasnol yang suka akan gaya hidup mewah.
c)       Robert Lee ialah anak Albert Lee yang mahu dijodohkan dengan Amera.
d)      Rozie, setiausaha Datuk Dolhi yang cekap menjalankan tugas.

PLOT

Permulaan
Datuk Dolhi dan isterinya Datin Tominah risau memikirkan anak-anak mereka yang tidak berminat untuk menguruskan perniagaan mereka, Dolhi-Albert Holding. Datuk Dolhi dan rakan perniagaannya, Albert Lee bercadang menyatukan anak mereka, Robert Lee dengan Ameera tetapi Ameera tidak berminat.

Perkembangan
Datuk Dolhi berasa bosan menyaksikan pertunjukkan fesyen busana Islam. Apabila tiba di rumah, Datin Tominah meminta bantuan daripada suaminya akan keinginan membuka sebuah butik busana Islam. Datuk Dolhi mahu isterinya memikirkan cara mendalam sebelum memulakan perniagaan. Ilham mencadangkan Dani menerbitkan lagu yang mempunyai ilmu supaya mengajak manusia berfikir. Perbualan mereka terputus apabila Ameera menegur sikap Ilham yang masih tidak bekerja. Hasnol menegaskan pendiriannya mahu terus berkhidmat sebagai pegawai kerajaan. Kemudian Hasnol mahu meminjam wang sebanyak RM10 ribu , tetapi bapanya tidak memberi sehingga Hasnol sanggup mengambil rasuah. Mukhlis dating ke pejabat untuk meminjam wang daripada ayahnya untuk berdakwah ke India. Datuk Dolhi tidak membantu sebaliknya mahu anaknya itu mencari duit sendiri. Sekembalinya Datuk Dolhi dari pejabat, Ameera memberitahu yang dirinya terpilih sebagai Tokoh Pendidik Cemerlang Negeri dan berharap ayahnya hadir ke dalam majlis penyampaian anugerah tersebut. Kemudian Mukhlis bersama rakannya dari Jemaah Dakwah Datang. Mukhlis meminta sekali lagi ayahnya untuk membiayai perbelanjaannya ke India, tetapi Datuk Dolhi tidak mahu. Pada hari yang ditetapkan Datuk Dolhi dan Datin Tominah ke majlis yang dihadiri Timbalan Menteri Tugas-tugas Khas. Datuk Dolhi bangga atas anugerah yang diterima oleh Ameera.

Konflik
Ameera termenung panjang memikirkan peminat misteri ynag mengirimnya kad dan jambangan bunga. Pada hari yang lain, Inem pembantu rumah Datuk Dolhi memaklumkan mahu berhenti kerja. Seminggu selepas itu, Datin Tominah menerima surat daripada Inem. Dalam surat itu, Inem memberitahu Ilham pernah menceroboh biliknya. Hasnol pula berterusan menghubungi Datin Tominah untuk meminjam duit tetapi Datin Tominah menjelaskan dia tidak berduit. Datuk Dolhi terkejut apabila diberitahu anaknya Mukhlis telah berkahwin secara senyap-senyap. Anaknya itu kini dikatakan tinggal di Kampung Sungai Bakau, tempat perkampungan jemaah dakwahnya. Kemudian, Datuk Dolhi panggilan telefon daripada Albert Lee di Sarawak yang memberitahu Ilham ada bersama-sama Orang Asli mahu membuat banteng menusia bertujuan menghalang kerja-kerja pembalakan. Datuk Dolhi mengambil keputusan mahu berehat di Jepun selama seminggu. Manakala Mukhlis pula termenung akan tindakannya mengahwini bekas isteri tuan gurunya yang sudah mempunyai tiga orang anak. Hasnol pula bertengkar dengan isterinya, Linda akibat kekurangan wang. Ameera mengadakan pertemuan secara sulit dengan YB Wahab di Kelab Mawar, YB Wahab meluahkan keinginannya untuk menjadikan Ameera sebagai isterinya. Hasnol menemui Tengku Munir di Teratai Inn. Tengku Munir mahu Hasnol mempengaruhi jabatan tender agar meluluskan permohonannya untuk projek  Jambatan Kota yang bernilai RM80 juta. Sebagai imbuhannya, Hasnol bakal diberikan sagu hati sebanyak RM300 ribu. Di Sarawak pula, pihak berkuasa berusaha mancari aktiviti Barat yang menghasut masyarakat peribumi membina banteng manusia bagi menghalang pembalakan. Keluarga Albert Lee kecewa kerana rancangannya untuk menguatkan empayar perniagaan tidak menjadi kenyataan. Ilham menulis surat kepada ibunya dengan menyatakan dirinya berada di Perancis setelah diburu pihak berkuasa. Pada satu malam, Datuk Dolhi mengisytiharkan bahawa Wahi merupakan anak kandungnya daripada isteri keduanya, Mastura. Isteri dan anak-anak terkejut. Wakil Timbalan Menteri dating ke rumah Datuk Dolhi untuk merisik Ameera. Majlis pernikahan dengan YB Wahab disegerakan untuk mengelakan fitnah.


Klimaks
Pada majlis pernikahan tersebut, Datuk Dolhi bertemu Ustaz Wahab yang menceritakan keadaan Mukhlis. Perkhabaran tersebut menyebabkan mereka berdua ke Kampung Sungai Bakau. Mereka gagal menemui Mukhlis tetapi menurut orang-orang disitu Mukhlis dikatakan tidak siuman dan pernah menyerang tuk guru dan ada pula yang memberitahu Mukhlis pernah menjulang pedang sambil menjerit-jerit. Tengku Munir mahu Hasnol meluluskan kesemua  tendernya. Hasnol menjelaskan kesukarannya meluluskan 12 tender daripada syarikat yang sama, tetapi Tengku Munir tetap berkeras. Apabila Hasnol tidak mahu menunaikannya, Tengku Munir segera ke pejabat Menteri Besar untuk membuat laporan bahawa Hasnol menerima RM1 juta untuk meluluskan 12 tender yang dipohonnya. Laporan tersebut disiarkan di media menyebabkan Datuk Dolhi terkena tempiasnya. Sebelum Young Rock Band membuat persembahan, Dani meminta izin daripada ahli keputusannya selama 15minit untuk mendapatkan dadah. Dalam usaha untuk mendapatkan dadah, Dani tertangkap oleh polis. Di lapangan terbang, Datin Tominah menyambut kepulangan Hasnol dari London. Sebelum Hasnol keluar dari lapangan terbang, dia telah ditahan polis. Ilham membuat tunjuk perasaan ketika lawatan menteri Malaysia ke London.

Peleraian
Peleraian cerita ini ialah Hasnol telah dibebaskan dengan jaminan Datuk Dolhi telah menjamin Dani dan akan menghantarnya ke pusat pemulihan. Amera berkahwin dengan YB Wahab. Wahi pula pulang dari Jepun bersama isterinya, Yuka yang berketurunan Jepun. Datin Tomunah menerima kedatangan Wahi dan isterinya dengan dada terbuka. Mukhlis berjaya ditemui dan terlantar di hospital. Dia akan dihantar ke pusat rawayan mental. Ilham tidak mahu pulang ke Malaysia kerana bimbang ditangkap oleh pihak berkuasa. Datuk Dolhi juga telah mengumumkan Wahi sebagai penggantinya di Dolhi-Albert Holding dan keputusannya menyebabkan hubungan Datuk Dolhi dengan Albert Lee menjadi retak dan Albert Lee mengundur diri daripada syarikat Dolhi-Albert Holding. Setelah sebahagian masalah keluarganya selesai, Datuk Dolhi bercadang ke Makkah untuk menunaikan umrah dan ziarah bersama dengan isterinya, Datin Tominah.

Teknik plot


Ø Teknik Dialog Dialog ialah pertuturan antara watak yang dipapar dalam cerita. Penggunaan teknik dialog dalam sesebuah cerita menjadikan jalan cerita lebih realistik. Antara contoh dialog yang terkandung dalam novel ini termasuklah:
“Tengku...” Hasnol terketar-ketar.
“Kenapa ada lagi yang sangkut?”
“Empat sudah lulus.”
“Mana cukup empat? Aku masuk dua belas.”
“Tak mungkin semua tengku.”
“Aku mahu semua.” (halaman
189)
Ø Teknik Imbas Kembali
 Imbas kembali bermaksud ingatan sesuatu watak terhadap peristiwa atau kejadian yang telah berlaku atau yang telah dialaminya. Teknik ini juga digambarkan sebagai penceritaan semula kejadian atau peristiwa yang telah berlaku melalui mimpi, kenangan dan ingatan sesuatu watak. Antara contoh teknik imbas kembali yang digunakan dalam novel ini termasuklah ketika Datuk Dolhi teringat akan anaknya, Mukhlis, iaitu:

Dia teringat akan anaknya Mukhlis. Semalam dia ternampak Mukhlis di masjid. Jubah dan serbannya kelihatan lusuh. Janggut dan jambangnya tidak bercukur, tidak pula dirapikan. Dengan sebuah beg, dia bersandar di tiang seri masjid. (halaman 69)

Ø Teknik Pemerian
Pemerian bermaksud penceritaan tentang sesuatu peristiwa atau penerangan tentang sesuatu watak secara langsung oleh pengarang. Antara contoh penggunaan ternik ini termasuklah ketika pengarang memerihalkan suasana di rumah Datuk Dolhi setelah kepulangan Wahi dan isterinya, Yuka dari Jepun, iaitu:

Malam itu mereka sekeluarga berhimpun walaupun tidak lengkap semuanya. Suasana terasa meriah dengan kedatangan ahli baharu. Malam itu juga Datuk Dolhi mencerita segala-galanya. Suasana tiba-tiba berubah pilu apabila kisah Mastura yang hidup dalam keterasingan diceritakan. Bagaimanapun, Datuk Dolhi tidak mahu kesedihan itu berterusan. (halaman 210)





Ø Teknik Monolog
Monolog bermaksud tutur atau pengucapan sesuatu watak, samada ditujukan kepada dirinya sendiri atau kepada orang lain.  Antara contoh monolog dalam cerita ini termasuklah ketika Datuk Dolhi menatap kertas cadangan Wahi tentang Kawalan Mutu Menyeluruh (KMM), iaitu:
“Macam-macam idea si Wahi ni,” bisik Datuk Dolhi.(hal.65)

Ø Teknik Saspens
 Saspens bermaksud peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan yang tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya. Antara contoh suspens dalam novel ini termasuklah ketika Amera mendapat jambangan bunga daripada peminat misterinya,iaitu:

“Tahiah kak!” Dani masuk dengan ceria. Di tangannya,sejambak bunga yang berbalut rapi tampak begitu indah.
“Eh, sama-sama! Bunga siapa ni?
“kak Ameeralah”
“Dani bagi?”
“Bukan ada pengirim yang menghantar melalui Mekar Florist.”
“siapa?”
“Pakwe barangkali.”
“mengarutlah Dani. Kakak mana ada pakwe.” (hal. 91-92)


Ø Teknik Kejutan
 Saspens bermaksud peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan yang tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya. Kejutan bermaksud perubahan dalam peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga. Kesan yang timbul daripada perubahan itu tidak sama dengan yang diduga oleh pembaca. Antara contoh kejutan dalam novel ini termasuklah datuk Dolhi memberitahu bahawa Wahi adalah anaknya daripada isteri kedua kepada seisi rumah .Iaitu:
Malam itu seisi rumah Datuk Dolhi gempar apabila dia mengisytiharkan bahwa Wahi ialah anaknya daripada isteri kedua. Datin Tominah menangis teresak-esak. Dia menelefon saudara-maranya. Amera termenung panjang. Dani menggeleng-geleng. Hasnol tidak menjawap apabila Datin Tominah memberitahu. Masing-masing menyimpan perasaan  (hal. 176-177)


LATAR

Latar Tempat
a)     Pejabat Datuk Dolhi. Di sini berlakunya banyak pelbagai peristiwa penting dalam novel ini.Antaranya termasuklah Mukhlis yang datang untuk meminjam wang dan peristiwa Datuk Dolhi mengumumkan Wahi sebagai penggantinya.
b)      Rumah Datuk Dolhi.Di sini juga banyak peristiwa penting dalam novel ini. Antaranya termasuklah Datuk Dolhi mengisytiharkan bahawa Wahi adalah anak kandungnya daripada isteri keduanya.
c)      Sarawak. Di Sarawak, Ilham menghasut orang-orang Penan supaya membina benteng manusia bagi menghalang kegiatan pembalakan
Tokyo. Datuk Dolhi ke sana kerana ingin berehat dan melupakan masalah anak-anaknya buat seketika.
d)      Perkampungan jemaah Kampung Sungai Bakau. Di sini, Mukhlis tinggal bersama dengan isterinya yang merupakan janda tuk gurunya yang mempunyai 3 orang anak.
e)      Kelab Mawar. Di sini, Amera telah berjumpa dengan YB Wahab buat pertama kali.
f)       Teratai Inn. Di sini, Hasnol telah berjumpa dengan Tengku Munir yang menjanjikan habuan rasuah kepada Hasnol dengan syarat Hasnol membantunya memperoleh semua tender yang dimohonnya.

 Latar Masa
a)     Latar masa bagi novel ini adalah pada zaman Tun Mahathir menjadi Perdana Menetri dan Tun Ghaffar Baba menjadi Timbalan Perdana Menteri
b)      Peristiwa dalam novel ini berlaku pada waktu siang dan malam.
c)       Pada waktu pagi. Buktinya, Datuk Dolhi ada mensyuarat dengan Raj Hussien pada pukul sepuluh.
d)      Pada waktu petang. Buktinya, Datuk Dolhi ada ceramah di Institut Perdagangan Kebangsaan bagi menyampaikan ceramah.
 
e)     Pada waktu tengah hari. Buktinya, Datuk Dolhi pulang ke rumah untuk makan tengah hari sebelum ke Institut Perdagangan Kebangsaan bagi menyampaikan ceramah.
f)        Pada waktu malam. Buktinya, Datuk Dolhi berlepas ke Tokyo pada pukul 10.45 malam dari Lapangan Terbang Subang.


LATAR MASYARAKAT

a)     Masyarakat yang merupakan golongan usahawan. Datuk Dolhi dan Albert Lee merupakan usahawan yang berjaya dan memiliki Dolhi-Albert Holdings. Malahan Datuk Dolhi merupakan seorang utawan.
 
b)     Masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan. Datuk Dolhi banyak mempunyai pengalaman dan ilmu pengetahuan disebabkan beliau rajin membaca buku.
 Masyarakat yang boros dan tamak. Contohnya, Tengku Munir bersikap tamak hingga sanggup memberikan tekanan tekanan kepada Hasnol bagi memperoleh semua tender yang dimohonnya. Hasnol boros kerana menurutkan perangai isterinya yang gemar berbelanja secara mewah.
c)       Masyarakat majmuk. Kehidupan majmuk dalam negara yang terdiri daripada bangsa melayu yang diwakili oleh keluarga datuk Dolhi, bangsa cina yang diwakili oleh keluarga Albert Lee dan bangsa Jepun yang diwakili oleh Yuka.
d)      Masyarakat yang berani. Buktinya, Amera berani menegur Ilham dan Dani yang tidak mahu bekerja dan tidak berdisiplin. Wahi juga berani bertemu dengan bapa Yuka untuk melamar Yuka.

GAYA BAHASA

 
Novel Renyah telah diolah dengan menggunakan pelbagai unsure gaya bahasa untuk menjadikan ceruta menarik dan berkesan.
 Antara unsur gaya bahasa dalam novel ini adalah seperti berikut:
Ø Diksi
 Antara unsur gaya bahasa dalam novel ini adalah seperti berikut:
 Novel yang dikarang oleh Gunawan Mahmood ini mengutarakan kisah seorang tokoh korporat yang berjaya dalam bidang perniagaan, tetapi mengalami tekanan hidup dalam menangani kerenah anak-anaknya.
a)     Daripada aspek diksi, jelas pengarang berjaya memilih kosa kata yang sesuai dengan latar tempat dan latar masyarakat dalam cerita tersebut. Antara kosa kata tersebut termasuklah perniagaan,jutawan,pengarah utusan, projek pembinaan, tenser dan datin.

b)     Untuk menggambarkan kisah tokoh korporat tersebut yang mengamalkan dasar pandang ke Timur, iaitu Negara Jepun,pengarang juga turut menggunakan bahasa Jepun. Termasuklah konbanwa,genki desu, dozo, ohayo gozaimasu, dan hajimemashite.


c)       Selain itu, terdapat juga penggunaan bahasa Inggeris, sesuai dengan cerita yang memaparkan dunia niaga. Antaranya termasuklah entrepreneur, complain, top, sporting, confirm, dan sponsor.

d)      Terdapat juga penggunaan bahasa Arab, sesuai dengan cerita yang berlatarbelakangkan masyarakat melayu yang beragama islam. Antaranya termasuklah assalamualaikum, insya-Allah, astaghfirullah, rahmatullah, alhamdulillah dan subhanahuwataala.
- Pengarang juga bijak menggunakan kosa kata yang sesuai dengan situasi dan hal ini meninggalkan kesan kepada pembaca.


 
e)     Ø Simile
-  Simile atau perbandingan ialah gaya bahasa yang membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain.-  Perbandingan itu pula menggunakan perkataan seperti, bagai, bak, laksana, umpama, macam, dan ibarat.-  Antara contoh penggunaan simile dalam novel ini termasuklah:
a) Ligat macam gasing. (halaman 15)
b) Peluh seperti mata air yang keluar dari liang-liang batu. (halaman 20)
c) Bibir tuanya seperti sagu pecah. (halaman 39)
f)       Ø Metafora
-  Metafora merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan perkataan seperti, bagai, bak, laksana, umpama, macam dan sebagainya.
-  Antara contoh penggunaan metafora dalam novel ini termasuklah:

a) ...Berjalan-jalan di Memorial Park, melihat Kubah Atom, menyusur pinggir Sungai Motoyasu, membaca tugu-tugu kenangan. (halaman 26)

b) Datuk Dolhi bangga dapat menyemai benih keusahawanan pada diri anak bangsa...(halaman 38)

c) Sedangkan disebalik gunung sana terhampar sawah kemewahan yang tidak habis dimakan. (halaman 79)

g)     Ø Personifikasi
- Personifikasi ialah pemberian sifat manusia kepada benda-benda mati seperti objek dan sebagainya.
- Penggunaan personifikasi dapat menimbulkan kesan yang mendalam terhadap pembaca.
-  Antara contoh penggunaan personofikasi dalam novel ini termasuklah:
a) Cahaya matahari petang menggigit kulit. (halaman 20)
b) Tasik dan pohon-pohon menjadi saksi orang yang tidak takutkan dosa. (halaman 24)
c) Dia cuba melupakan segala masalah yang mengacau benak.
(halaman 113)


PERIBAHASA


 Peribahasa  yang  digunakan  dalam  sesebuah  novel  lazimnya   ialah  perumpamaan,   simpulan  bahasa,  pepatah  dan  bandingan.
 Antara  contoh  peribahasa  yang  terdapat  dalam  novel  ini  termasuklah  jual  mahal, panas  darah,  hangat-hangat  tahi  ayam,  lembut  gigi  daripada  lidah,  menatang  bagai minyak  yang  penuh,  kalu  guru  kencing  berdiri  anak-anak  murid kencing  berlari,  dan  langit  mana  yang  cerah,  bumi  mana  yang  tidak  ditimpa hujan.


NILAI NILAI

·         Nilai kasih sayang

-          Contohnya, Datuk Dolhi dan Datin Tominah sayang akan anak-anaknya. Oleh sebab itulah, mereka berusaha mnyelamatkan anak-anak mereka yang bermasalah dengan pelbagai cara.
·         Nilai sabar.

-           Contohnya, Datuk Dolhi begitu sabar menghadapi kerenah anak-anaknya yang tidak mahu meneruskan usahanya dalam perniagaan.
·         Nilai tanggungjawab.

-           Contohya, Datuk Dolhi menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa dengan memberikan pendididkan kepada anak-anaknya,termasuklah Wahi yang dipelihara neneknya.
·          Nilai patriotic.

-           Contohnya, Datuk Dolhi menggunakan Limosin Saga untuk ke majlis-majlis rasmi.
·          Nilai berani.

-           Contohnya, Amera berani menegur Ilham yang tidak bekerja dan hanya mundar-mandir.
·          Nilai rajin.  

-          Contohnya, Datuk Dolhi rajin membaca buku-buku ilmiah untuk menambah pengetahuannya.

PENGAJARAN


·         Ibu bapa dan anak-anak hendaklah saling menyayangi antara satu dengan yang lain. Hal ini dapat dilihat pada watak Datuk Dolhi dan anak-anaknya yang saling menyayangi walaupun sering menimbulkan masalah kepada bapa mereka itu.
·          Kita mestilah bersabar dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan. Datuk Dolhi bersabar menerima berita bahawa Dani telah ditangkap polis kerana memiliki dadah. Beliau tidak memarahi Dani sebaiknya menjamin Dani dan berusaha memasukkan Dani ke pusat pemulihan.
·          Kita hendaklah mengutamakan barangan buatan tempatan bagi menyokong ekonomi negara. Sikap ini yang ditunjukkan oleh Datuk Dolhi yang menggunakan Limosin Saga untuk ke majlis-majlis rasmi wajar dicontoh oleh masyarakat.
·          Kita hendaklah rajin membaca dan menuntut ilmu untuk memajukan diri dan negara. Datuk Dolhi dan Wahi rajin baca buku-buku ilmiah untuk menambahkan pengetahuan mereka dalam bidang perniagaan.
·          Janganlah mudah terpengaruh apabila ditawarkan kemewahan melalui jalan yang salah. Sikap Hasnol yang mudah terpengaruh apabila diberi rasuah oleh Tengku Munir sebagai imbuhan untuk meluluskan terdernya amat tidak wajar dicontoh oleh masyarakat.